¾ daripada hidup saya setiap hari terasa begitu pedih.
Dan kehilangan.
Kata seorg teman, mata saya sarat dengan rahsia yang enggan dilepaskan. Senyuman dan gelak ketawa saya bagaikan tiada jiwa kerana walau sekuat mana sekalipun saya menggembirakan hati bila berhibur bersama teman-teman, mata saya berkata sebaliknya.
Sememangnya mata saya tidak pandai berbohong.
Ada yang cuba mengorek rahsia. Ada yang menawarkan diri utk membelasah lelaki yang telah merobek hati saya. Ada juga yang menawarkan cinta. Maaf; tiada rahsia yang dapat saya kongsikan. Tiada juga kambing hitam untuk dijadikan belasahan. Dan kepada pencinta, saya tidak pernah menolak apalagi menerima. Hanya saya pohon waktu dan pengertian. Saya sudah letih mencuba.
Saya menjadi merpati; sangat menyenangkan untuk didampingi. Apatah lagi jika teman saya itu suka berbicara dan luas pengetahuan dan pengalamannya. Kami duduk berbual sehingga ‘di halau’ kerana waktu operasi premis itu sudah lama tamat. Dan setiap kali perkenalan seperti itu melepasi tahap pertama, saya akan menjauhkan diri.
Kenapa?
Kerana saya tidak menginginkannya.
Mengapa?
Kerana hati saya merindui ‘dia’.
‘Dia’ yg membuatkan saya mengerti apa itu rindu. ‘Dia’ yang bisa meninggalkan rasa pedih yang menusuk tangkai hati setiap kali saya menyebut namanya. Dia yg pasti akan menghubungi saya dengan hanya memikirkan tentangnya. ‘Dia’ yg memberikan perasaan kaku dan malu setiap kali kami bertemu.
Dan kini selepas 7 tahun, ‘dia’ masih lagi membuat saya ‘sentap’ bila sekali sekala kami berkesempatan utk bertemu, dia banyak berubah. 7 tahun tempohnya. Bila sudah jarang bertemu, gambaran yg kekal dlm ingatan saya ialah semasa awal perkenalan kami. Membuatkan ‘dia’ yg berdiri di depan saya kelihatan asing.
Kali terakhir saya bertemu dengannya beberapa bulan yg lalu, saya terkaku seketika semasa ‘dia’ menyambut saya. Tapi bila saya pejamkan mata, mendengar setiap tutur bicara dan merasa gerak-gerinya dengan hati, saya tahu dialah orangnya; lelaki yang tanpa niat dan sedarnya mencuri hati saya.
Buat ‘dia’ yg saya kasihi.
Sesungguhnya masa saya seakan-akan terhenti setiap kali kita ucapkan selamat jalan.
Sesungguhnya jika hati itu boleh dikembalikan, pulangkanlah pada saya. Jika tidak, doakan yang terbaik buat saya. Mudah-mudahan diberikan juga ketenangan agar saya dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Sesungguhnya …
Saturday, October 27, 2007
Arrrggghhhh....
Sekali lagi hati saya remuk redam kerana tiada kesempatan untuk menonton Teater Muzikal Malaysia. Pegalaman menonton muzikal CATS (VCD… excuse me) dan STOMP amat menguja. Selepas PGL (dan beberapa teater muzikal lain selepasnya) kini Remy…P.Ramlee sekali lagi menguji keinginan dan kesabaran saya.Bukan penampilan Siti Nurhaliza yang menarik keinginan saya untuk ke Istana Budaya tetapi usaha seluruh krew penerbitan dan pementasan Tiara Jaquelina yang meraih perhatian saya.
Argghhh… Kalaulah tiada kekangan masa.
Youtube, anyone?
Cilok.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b65719c8-c0a85062-1e6f6780-166be3d5
Sunday, October 21, 2007
Disclaimer @ Penafian
salam.
Pada mulanya tulisan dalam blog ini ditulis dengan dengan kata ganti diri pertama; AKU. Santai dan peribadi. Itulah trend blog; pengisian dan pendekatan blog mencerminkan idealisme pemiliknya.
Selepas membaca posting terdahulu berulang kali, rupa2nya “AKU” sudah tidak sinonim dgn hidup penulis. “AKU” terlalu jauh dari pendekatan yang dipegang oleh penulis dalam menjalani kehidupan sehariannya.
“AKU” begitu solid dan kental sentimen peribadinya. Sempadannya tegar apabila devilish_angel sendiri sudah mula belajar merobohkan ‘pagar’ yang sering membuatnya menjadi jumud dan rigid dalam mentafsir ‘tanda’ dan makna.
Biarlah… “AKU”, ‘pagar’, ‘sempadan’, ‘tanda’ dan makna, waima papan tanda atau penanda wacana sekalipun, biarlah blog ini ditulis dengan kata ganti diri SAYA. Bezanya mungkin sekadar satu huruf tetapi yang penting saya harus selesa menulis.
Loya? Sabar dulu.

Wednesday, October 17, 2007
Raya 2007!
Subscribe to:
Posts (Atom)